Connect with us

Hubungi 013-7636364 Cikgu Isman

MENGENAI KAMI

Perkhidmatan kami

  • Kini anda boleh mendaftar diri ke Institut Memandu kami menggunakan borang pendaftaran online secara rasmi! klik sini untuk mendaftar.
  • Yuran belajar yang murah dan berpatutan. Anda boleh membayar secara ansuran untuk mengikuti kelas memandu di sini. Tidak membebankan!
  • Mempunyai tenaga pengajar yang bertauliah dan berpengalaman. Sistem pembelajaran mengikut piawaian JPJ dan kelengkapan ujian memandu yang mudah dan praktikal.

Institut Memandu RIAKAR Sdn. Bhd.

Institut Memandu RIAKAR Sdn. Bhd (158 441-X) . Ia merupakan institut memandu pertama di negeri Johor yang melaksanakan latihan dan ujian JPJ di tempat yang sama. Pada masa ini di anggarkan calon yang telah mengikuti latihan di institut ini adalah seramai 42,xxx orang. Perkhidmatan yang disediakan adalah dari bermulanya kursus KPP sehingga ujian JPJ. Ini adalah laman web persendirian yang beroperasi di IM Riakar.

Kami beroperasi di : INSTITUT MEMANDU RIAKAR SDN BHD, Johor Bahru. Sebelah BBU, Berhampiran Danga Bay/Tune Hotel, Johor Bahru, Johor Darul Takzim. Apa yang terpapar di sini hanyalah untuk rujukan semata-mata dan ini adalah Web persendirian untuk kemudahan Pengajar dan Tuan/Puan yang mendaftar disini.Untuk kemudahan SILA BUAT PENDAFTARAN ON-LINE SECARA - PERCUMA, atau SILA HUBUNGI  013-7636364 En Isman .Pengangkutan di sediakan mengikut zon,jika jauh tambahan yuran pengangkutan ..duit minyak.

Jadual Kursus / Latihan Memandu

 
Kursus KPP 1 (6 jam)

Sabtu & Ahad (8.30am - 4.30 pm)

Ujian Undang-undang

Ikut tempahan calon selepas 3 hari Kursus KPP

KPP 2 Amali (5 1/2 jam)

Sabtu & Ahad (MASA YANG SESUAI)

Amali (SAMBUNG DIATAS)

Sabtu & Ahad (PILIH MASA YANG SESUAI)
atau ikut tempahan calon

KPP 3/Belajar Memandu (9 1/2 jam)
Ikut tempahan calon
Ujian QTI / Pra Ujian (1 Jam)

Sebelum ujian JPJ / Ikut tempahan calon

Ujian JPJ
Ahad (Mula 8.00 am sehingga sesi ujian selesai)

 

Panduan Parking/Masuk Secara Undur

November 01, 2011

Parking

Sama ada ada panduan/tiang/garisan atau tidak. 1.Mula-mula luruskan kenderaan,ambil 1.5-2 kaki tepi jalan atau petak kosong/kenderaan sebelah kiri.2.Jika ada tiang parking nampakkan di hujung cermin pintu belakang sebelah kiri/kalau paking biasa(pastikan paking kita boleh muat 2" depan dan ada ruang 2" belakang )selarikan dgn kenderaan sebelah. 3. Pusing setering habis kekiri. 4. Cari penjuru petak parking dan berhenti atau satu kaki sebelum penjuru/ tiang 7. 5. Pusing 2kali kekanan/tayar lurus- undur sehingga tayar belakang sebelah kanan menghampiri garisan. 6.Pusing kekanan habis dan undur sehingga masuk petak dgn selamat. tak boleh masuk adjust sedikit. ok. Selamat mencuba. PARKING

Novemer 02, 2011

Imbangan Mendaki Bukit

Cara Imbangan minyak dan Clutch ada 3 cara. A.Berhenti Di Bukit. Nak Bergerak: Cara Pertama - tekan minyak sehingga setabil ambil tahap 2000rpm/mengaum sedikit, angkat clutch sehingga terjungkit sedikit-diam, tambah minyak dan clutch sama-sama ,ada rasa tolakan dari belakang lepaskan brek tangan,clutch dan minyak duduk diam.Dan bergerak.. Cara Kedua: Angkat clutch sedikit sehingga bergegar,dan diam,tambah minyak sehingga 2000rpm dan diam, angkat clutch sedikit tambah minyak sedikit sehingga rasa tertolak kedepan ,diam dan lepaskan brek tangan. Cara Ketiga: Angkat clucth dan tekan minyak serentak tapi sedikit-sedikit sehingga tertolak kehadapan, diam dan lepaskan brek tangan. Selamat mencuba. MENDAKI BUKIT.

Testimoni pelanggan

"Saya Fatin Amira, pelajar UTM Skudai. Walaupun masa belajar memandu tidak menentu disebabkan banyak kuliah dan latihan PALAPES, tetapi dengan kesabaran dan tunjuk-ajar Cikgu Isman, akhirnya saya dah dapat lesen "P" kereta. Sekali ujian saja tau..! Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan". 

-- Cik Fatin Amira, Mahasiswi UTM